Monday 10 October 2011

my last moments with tok wahab...

(9/10/2011)
Alhmdulillah Allah izin abg,along n abah utk smpai ke Segamat walaupun kalau nk diikutkan semuanya busy dgn hal masing2. Kami rushed ke Segamat lps dapat berita dari Pak Teh kata keadaan tok wahab makin teruk.

                                    (atok tidur keletihan slps xdapat tidur yg cukup mlm sebelumnya)

Alhmdulillah Allah bg kesempatan kpd abg utk berada bersama atok pada ketika atok mmg perlukan perhatian. Abg sempat bacakan surah Yaasiin kat sebelah atok. Sebelum tu abg sempat bersalam dgn atuk dan atuk sedar n ingat abg. Tolong pasangkn salur oxygen, alihkan atok bila atuk mintak,tlg atok buang air



Yang plg abang xboleh lupa ialah masa abg tengah baca surat khabar,atok tiba2 panggil abg. Jadi,melalui tok tijah,atok mintak abg bacakan surah Ar-Ra'ad sbb katanya insyaAllah memudahkn urusan ruuh keluar dari badan(sakaratul maut),wallahua'lam
sebenarnya lps atok mintak,along ada bukakkn mp3 surah Ar-Ra'ad..tapi atok mintak stopkn then mintak panggilkan abg utk bacakan surah Ar-Ra'ad,so abg pon bacalah surah tu..atok nmpak tenang je cuma beberapa kali abg terpaksa berhenti baca sbb atuk mintak alihkan selimut(sbb badan atok panas,maybe demam). Pelik jugak sebenarnya kenapa atok mintak bacakan even yg mp3 tu bacaanya lagi bagus.

Apa yg mmbuatkan abang kagum is atok time2 sakit cmtu pon atok xpernah tinggal solat. Selagi atuk mampu mmg atok akn solat. Kata tok tijah lagi,boleh kata setiap malam atok baca yaasin..cuma pada malam2 terakhir sebelum abg smpai segamat atok xdpt baca sbb atok kata atok xlarat sgt..(mmg nmpak sgt atok xlarat sebenarnya)So,bila dh dekat zohor,atok mintak nk solat..so,abg bgtau xyah bgn2 dh,solat shj kt katil tu..then atok pon terus solat lah(buat jama')

Even time abg nk blk lewat ptg tu pon atok dh ready kt sejadah(lps bgn mandi) utk solat maghrib. Abg salam atok dan cakap apa yg ummi pesan suruh cakap bg pihak ummi.Tp time tu atok sedar cuma dia xrespon sbb nmpak jugak tanda2 atok keletihan lagi. 

                                        (atuk perasan kami nk balik,tp atok xleh nk respon sgt)

(12.00am 11/10/2011)
abah call kata atok wahab dh tiada.(sedihnya hanya Allah sahaja yg tahu macamana)..Innalillahi wainna ilaihi Raji'uun

Kesimpulannya, kita sebagai manusia yg masih hidup lagi kena sentiasa berberkal(buat bekalan) utk hari2selepas mati nanti. Kenalah sentiasa muhasabah diri dan sentiasa perlu ada niat utk berubah kearah yg lebih baik sbb xada sesiapa pon tahu bila nyawanya akn dijemput pulang cuma yg pasti mmg kematian itu adalah kemestian bagi semua org.

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

(Ali Imran 3 : 185)

Semoga ALLah mengampunkan semua dosa2 atok dan memasukkan atok dlm golongan hamba2Nya yg dikasihi sebagai balasan kepada setiap kebaikan yg telah atok buat samada direct or indirect.

(tengah tunggu along nk mai amik ni,nk blk Segamat ziarah jenazah atok insyaALLAH)

Monday 26 September 2011

Pemujuk hati..


Melalui jalan ini memang selalu aku diuji dengan ujian2 yang meruntun jiwa dan perasaan, kadang2 mengalir air mataku dek xtertahan dengan beratnya ujian dari Rabb ku yang aku cintai. Namun semua ini aku gagahi kerana aku sedar bahawa disebalik semua ujian2 dan dugaan2 ini ada ganjaran yg lumayan menanti ku, cuma masa yg menentukan insyaAllah..(itu pun jika berjalan spt yg dikehendakinya)

Bagi aku yg baru mula berjInak-jinak dlm perjalanan ini,aku sedar bahawa aku memerlukan sesuatu yg bisa memujuk dan mngubat segala kelukaan di hati kerana aku bisa futur jika terus menerus dlm kondisi ini bak luka yg jika dibiarkan akan bernanah lalu membarah.

Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan beberapa ayat2 suci Alquran yg pada pengamatanku sedikit sebanyak bisa merawat jiwaku(at least aku benar2 rasai keberkesanannya) kerana aku sering diperingatkan bahawa hanya jalan yg susah inilah yg insyaAllah mampu membawaku kepada keredhoanNya. Jalan yg dilalui para Rasul dengan tabah sehingga dipuji Allah.(siapa yg xseronok jika dipuji Rabb sendiri!)

1)At-Taghobuun: 12
"Taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul. Jika kamu menyeleweng, maka kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan tugas ke-Rasulan dengan jelas".
>Tugas aku yg diwarisi dr para rasul ialah hnya utk menyampaikan,ttg hasilnya,semua itu aku pulangkan kepada Allah.


2)Fussilat: 33
"Adakah ucapan yang lebih baik dari ucapan orang yang mengajak mengabdi kepada Allah, mengerjakan perbuatan kebajikan, dan menyatakan pendiriannya dengan mengatakan: "Aku ini, adalah seorang muslim!".
>Allah sendiri mengiktiraf dakwah itu sebagai qaul terbaik,ya..aku perlu rasa xmalu dgnnya!

3)Muhammad: 7 
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu agama Allah, tentu Dia akan menolongmu dan mengukuhkan pendirianmu".
>Allah berjanji jika aku (ikhlas)mmbantu mnyebarkan Deen Allah maka Allah mmbantu aku(dlm urusanku) dan mnguatkan pendirianku.

4)Ali-Imraan: 139
"Janganlah kamu merasa lemah dan berduka-cita, padahal kamu adalah orang yang berderajat paling tinggi, jika kamu benar-benar beriman".
>Allah pujuk supaya jgn bersedih sbb kalau kita benar2 beriman,kitalah sebenarnya org yg tinggi darjatnya..Dont Be Sad!

5)Al-Baqarah: 286
"Allah tidak membebani kewajiban kepada seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Hasil kerjanya yang baik untuknya sendiri, dan yang tidak baik menjadi tanggungannya sendiri pula. "Wahai Tuhan kami! Janganlah kiranya kami ditindak, bila kami lupa atau salah. Wahai Tuhan kami! Janganlah kami dibebani dengan beban yang berat-berat sebagaimana yang engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami! Ampunilah kami! Dan rahmatilah kami! Engkaulah pelindung kami! Karena itu tolonglah kami terhadap kaum kafir."
>Aku diajar supaya sentiasa berbaik sangka dgn Allah. Semua ujian yg Allah dtgkan kepadaku aku yakin semuanya adalah insyaAllah dlm batas kemampuanku,sbb Allah tu Maha Mngetahui akan limitasiku! 

wallahu a'lamu bissawab..

Wednesday 24 August 2011

kenapa kita tidak maju???

(setting:sebuah masjid di mesir)

mesir 1:"mesir 2, dia ni orang malaysia.."
mesir 2:"oo ye,mahathir muhammad kan?"
me: "kamu tahu x malaysia?"...(saja mencelah)
mesir 1: "tahu,malaysia negara yang lagi maju dari mesir.."..."mesir 2,kenapa kita x maju sepeti malaysia ye?"
mesir 2: "xtahu la,cuba tanya dia.."
mesir 1: "aku rasa sebab penghayatan mereka kepada Deen(ISLAM) adalah lebih baik dari kita x?"
             "ihsan,antara Islam di Mesir dan Malaysia,yang mana lebih bagus pada pandangan kamu?"
me: "mestilah Mesir.."
mesir 1: "tetapi kenapa kami tidak maju..?"
me: "................................................."(don't know what to say...)



Inilah antara sebahagian dari perbualan yang aku lalui saat berada di mesir dan kali ini aku betul-betul blurr untuk menjawab persoalan mereka.
Persoalan yang dilontarkan saudara mesir 1 itu sebenarnya sudah cukup untuk memberikan gambaran kepadaku bahawa pelakasanaan Islam adalah lebih baik di Mesir berbanding di Malaysia (sorry to say)..
Hal ini menunjukkan bahawa meraka benar2 yakin bahawa dengan ad-Deen sahaja lah yang dapat membawa manusia kepada kemajuan. Tetapi mestikah hanya dengan kemajuan materialistik seperti di Malaysia??InsyaAllah tidak...

aku tidak berniat untuk membicarakan dengan lebih lanjut tentang kemajuan yg sebenarnya tetapi cuma ingin berkongsi kenapa aku berani mengatakan pelaksanaan atau penghayatan Islam di sana adalah lebih baik kerana beberapa bukti yang aku sendiri saksikan dengan mata kepala aku sendiri.

(sebagai konsepnya,indikator kepada lebihnya penghayatan islam adalah terletak kepada  how applicable is that Deen in daily life)

1)menyentuh mengenai bulan Ramadhan sebagai 'syahrul Quran', anda akan mendapati dimana-mana sahaja terdapat orang -orang yang sedang tekun mebaca al-Quran. Dalam kedai2,hospital,di kaki2 lima..sesiapa sahaja,doktor,pekedai runcit,pemandu teksi, kanak2 semuanya tekun.

2)jika anda ingin membezakan remaja perempuan yg muslim dengan yg bukan,cukuplah dengan melihat samada mereka bertudung atau tidak.Hal ini kerana boleh dikatakan hampir semua perempuan remaja mereka bertudung,dan yg tidak bertudung itu akan anda dapati ada tanda 'cross' pada lengannya atau ada rantai bertanda salib di lehernya.So,penjagaan aurat wanita adalah lebih dititikberatkan..

3)nak mencari pasangan yang bercouple tidaklah semudah seperti di Malaysia.Jangan kata bahawa sudah menjadi  adat mereka yang menjaga perhubungan antara lelaki dan wanita,dah lupa ke bahawa Malaysia juga begitu dahulunya..

4)Msjid2 di Mesir benar2 diimarahkan.penuh masjid dalam semua solat fardhu even subuh pon! Jemaahnya bukan seperti di Malaysia dimana kurangnya jemaah dari kalangan remaja(yg bakal menjadi tonggak masa depan) malah daripada golongan remaja dan pemudalah  yang sentiasa memenuhi masjid. Tak seperti di Malaysia,dimana selalu sahaja di masjid2nya ada sign 'Dilarang Tidur Di sini' yang sememangnya membantutkan niat para jemaah untuk kembali ke masjid,manakan tidaknya,kalau anda contohnya ingin beri'tikaf(bukan sahaja time malam seperti yg famous sgt kt m'sia),apabila sudah duduk membaca quran untuk tempoh yang lama,pasti akan terasa penatnya dan timbul rasa ingin tidur sebentar merehatkan badan tetapi xboleh tidur dlm masjid!(frust oo..)

5)ucapan salam,kalimah tasbih tahmid dan tahlil sentiasa mereka sebut2kan even perbualan mereka penuh dengan doa sebenarnya!..(rabbuna khalli, Allah yubarik fiik, Allah yukrimak,dll)

6)walaupun bangsa Arab terkenal dengan kebiasaan mereka yg sering bertikam lidah, mereka sebenarnya jauh lebih baik daripada kita kerana apabila habis bertikam lidah,mereka akan kembali berbaik  seolah olah tiada apa yg berlaku. Macam tiada istilah dendam dalam kamus mereka.Hebat jugak kan?

7)Jika mahu meleraikan pergaduhan cukup dengan menyatakan "sollu 'alan nabi"...!!!(cth:"ya 'amm, sollu 'alan nabi")

tapi bukanlah niat menulis ni utk mem'blame' mana pihak,cuma menyatakan realiti yang mesti disedari lalu disertai dengan rasa ingin berubah kearah yang lebih baik lagi insyaALLAH. Bukanlah jugak nak mengatakan bahawa mereka di sana tiada langsung cacat cela,memang ada je.

Wallhua'lam.Semoga Allah redho dengan segala amal yang kita buat.