(setting:sebuah masjid di mesir)
mesir 1:"mesir 2, dia ni orang malaysia.."
mesir 2:"oo ye,mahathir muhammad kan?"
me: "kamu tahu x malaysia?"...(saja mencelah)
mesir 1: "tahu,malaysia negara yang lagi maju dari mesir.."..."mesir 2,kenapa kita x maju sepeti malaysia ye?"
mesir 2: "xtahu la,cuba tanya dia.."
mesir 1: "aku rasa sebab penghayatan mereka kepada Deen(ISLAM) adalah lebih baik dari kita x?"
"ihsan,antara Islam di Mesir dan Malaysia,yang mana lebih bagus pada pandangan kamu?"
me: "mestilah Mesir.."
mesir 1: "tetapi kenapa kami tidak maju..?"
me: "................................................."(don't know what to say...)
Inilah antara sebahagian dari perbualan yang aku lalui saat berada di mesir dan kali ini aku betul-betul blurr untuk menjawab persoalan mereka.
Persoalan yang dilontarkan saudara mesir 1 itu sebenarnya sudah cukup untuk memberikan gambaran kepadaku bahawa pelakasanaan Islam adalah lebih baik di Mesir berbanding di Malaysia (sorry to say)..
Hal ini menunjukkan bahawa meraka benar2 yakin bahawa dengan ad-Deen sahaja lah yang dapat membawa manusia kepada kemajuan. Tetapi mestikah hanya dengan kemajuan materialistik seperti di Malaysia??InsyaAllah tidak...
aku tidak berniat untuk membicarakan dengan lebih lanjut tentang kemajuan yg sebenarnya tetapi cuma ingin berkongsi kenapa aku berani mengatakan pelaksanaan atau penghayatan Islam di sana adalah lebih baik kerana beberapa bukti yang aku sendiri saksikan dengan mata kepala aku sendiri.
(sebagai konsepnya,indikator kepada lebihnya penghayatan islam adalah terletak kepada how applicable is that Deen in daily life)
1)menyentuh mengenai bulan Ramadhan sebagai 'syahrul Quran', anda akan mendapati dimana-mana sahaja terdapat orang -orang yang sedang tekun mebaca al-Quran. Dalam kedai2,hospital,di kaki2 lima..sesiapa sahaja,doktor,pekedai runcit,pemandu teksi, kanak2 semuanya tekun.
2)jika anda ingin membezakan remaja perempuan yg muslim dengan yg bukan,cukuplah dengan melihat samada mereka bertudung atau tidak.Hal ini kerana boleh dikatakan hampir semua perempuan remaja mereka bertudung,dan yg tidak bertudung itu akan anda dapati ada tanda 'cross' pada lengannya atau ada rantai bertanda salib di lehernya.So,penjagaan aurat wanita adalah lebih dititikberatkan..
3)nak mencari pasangan yang bercouple tidaklah semudah seperti di Malaysia.Jangan kata bahawa sudah menjadi adat mereka yang menjaga perhubungan antara lelaki dan wanita,dah lupa ke bahawa Malaysia juga begitu dahulunya..
4)Msjid2 di Mesir benar2 diimarahkan.penuh masjid dalam semua solat fardhu even subuh pon! Jemaahnya bukan seperti di Malaysia dimana kurangnya jemaah dari kalangan remaja(yg bakal menjadi tonggak masa depan) malah daripada golongan remaja dan pemudalah yang sentiasa memenuhi masjid. Tak seperti di Malaysia,dimana selalu sahaja di masjid2nya ada sign 'Dilarang Tidur Di sini' yang sememangnya membantutkan niat para jemaah untuk kembali ke masjid,manakan tidaknya,kalau anda contohnya ingin beri'tikaf(bukan sahaja time malam seperti yg famous sgt kt m'sia),apabila sudah duduk membaca quran untuk tempoh yang lama,pasti akan terasa penatnya dan timbul rasa ingin tidur sebentar merehatkan badan tetapi xboleh tidur dlm masjid!(frust oo..)
5)ucapan salam,kalimah tasbih tahmid dan tahlil sentiasa mereka sebut2kan even perbualan mereka penuh dengan doa sebenarnya!..(rabbuna khalli, Allah yubarik fiik, Allah yukrimak,dll)
6)walaupun bangsa Arab terkenal dengan kebiasaan mereka yg sering bertikam lidah, mereka sebenarnya jauh lebih baik daripada kita kerana apabila habis bertikam lidah,mereka akan kembali berbaik seolah olah tiada apa yg berlaku. Macam tiada istilah dendam dalam kamus mereka.Hebat jugak kan?
7)Jika mahu meleraikan pergaduhan cukup dengan menyatakan "sollu 'alan nabi"...!!!(cth:"ya 'amm, sollu 'alan nabi")
tapi bukanlah niat menulis ni utk mem'blame' mana pihak,cuma menyatakan realiti yang mesti disedari lalu disertai dengan rasa ingin berubah kearah yang lebih baik lagi insyaALLAH. Bukanlah jugak nak mengatakan bahawa mereka di sana tiada langsung cacat cela,memang ada je.
Wallhua'lam.Semoga Allah redho dengan segala amal yang kita buat.